04 February 2010

TELINGA


Jangkitan Telinga

PENGENALAN

Tedapat 3 bahagian di dalam telinga: bahagian luar telinga , bahagian tengah telinga dan bahagian dalam telinga

Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran/kanal telinga luar
Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula dari gegendang dan mengandungi 3 tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.

Bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya.
Telinga menanah atau jangkitan telinga boleh terjadi sama ada di bahagian luar telinga (otitis externa) ataupun di bahgian tengah telinga (otitis media).
Jangkitan boleh disebakan oleh kuman virus, bakteria atau kulat.
TANDA DAN GEJALA

Otitis Externa (Jangkitan bahagian luar telinga )
Sakit telinga
Gatal
Hilang ataupun tidak hilang pendengaran
Terdapat atau tidak tedapatnya lelehan telingan
Pina dan saluran/kanal
Telinga bengkak Otitis Media (Telinga Menanah)
Boleh jadi akut atau kronik
Sakit telinga yang menyucukdan hilang apabila gegendang telinga telah pecah
Pekak dan bunyi berdering dalam telinga
Seringkali diikuti oleh demam, hidung berair dan sakit tekak
Nanah keluar dari telinga menandakan gegendang telah pecah
Bag bayi: mereka akan menangis berpanjangan, diselang-seli dengan jeritan, terjaga di waktu malam dan mengosok atau menarik-narik telinga .
Kadang-kala tidak dapat mengimbangkan diri atau bergoyang-goyang.
KOMPLIKASI

Pekak yang berkekalan
Abses otak dan kerosakan otak
Palsi fasial - kelumpuhan pada sebahagian sisi muka
Jangkitan mungkin merebak ke tengkorak, lapisan meninges dan otak - membawa kepada jangkitan seperti mastoiditis akut (jangkitan merebak dari bahagian tengah telinga ke tulang di belakang telinga).

FAKTOR PENYUMBANG

Otitis Externa

Tabiat yang sering membuang tahi telinga atau mengorek telinga jauh ke dalam hingga mencederakan telinga dan ini mendedahkannya kepada jangkitan.
Keadaan lembab di dalam saluran telinga disebabkan oleh keadaan cuaca atau berenang - sebab itu jangkitan otitis externa ini kadang-kadang dipannggil sebagai 'Telinga Perenang' 7 Di samping itu, jangkitan boleh disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap minyak wangi atau semburan rambut.
Penyakit-penyakit kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis boleh membawa kepada jangkitan otitis externa.

Otitits Media

Lazimnya berlaku selepas jangkitan tonsil atau tonsilitis, campak measles dan influenza.
Selalunya diikuti oleh jangkitan bahagaian atas saluran penafasan
Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit ini kerana mereka lebih kerap mendapat selesema dan tiub Eustachio lebih pendek dan mendatar. Ini memudahkan sesuatu jangkitan menjalar naik ke saluran/tiub dari tekak.
PENJAGAAN SENDIRI
Otitis Externa

Jika sekiranya mendapat sakit telinga atau deman ambillah ubat penghilang kesakitan parasetamol.
Sapu dan cuci lelehan dari telinga perlahan-lahan menggunakan putik kapas.
Pastikan saluran telinga sentiasa kering sehingga jangkitan yang ada sembuh sepenuhnya.
Jika sakit telinga tidak berhenti dalam sehari dua, berjumpalah doktor untuk mendapat rawatan.
Jangan menitik sebarang ubat ke dalam telinga tanpa nasihat doktor.
Otitis Media

Jika sakit telinga dan demam ambillah ubat penghilang kesakitan seperti parasetamol.
Berehat dan minum lebih banyak cacair.
Biarkan lelehan keluar dari telinga dengan sendiri kemudian cuci perlahan-lahan.
Berjumpalah doktor sekiranya sakit telinga masih berterusan dan terdapatnya komplikasi.
Pastikan telinga anda sentiasa kering. Elakkan dari air memasuki telinga.

PETUA PENTING

Otitis Externa

Pakai penutup kepala (cap) ketika berenang atau mandi
Keringkan telinga sepenuhnya selepas berenang dan mandi
Elakkan tabiat mengorek telinga
Gunakan titisan telinga untuk melembutkan tahi telinga yang kering dan keras.
Didik anak anda supaya tidak memasukkan sesuatu ke dalam telinga.
Otitis Media

Hidung yang tersumbat dan berair perlu dirawat sepenuhnya.
Bukakan mulut apabila menghembus hidung semasa mendapat selesema untuk mengelakkan rembesan dari hidung/tekak tertolak masuk ke dalam telinga melalui tiub Eustachio. Cara yang lain adalah dengan menghembus hidung melalui satu dari lubang hidung sahaja. Yang satu lagi hendaklah ditekan (tutup).

Hadkan pergaulan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain yang menghidap selesema.
Jauhkan anak anda dari asap rokok yang sering dikaitkan dengan jangkitan telinga.
Susui anak anda dengan susu badan kerana anak yang diberi penyusuan susu ibu jarang sekali mendapat jangkitan telinga.

Apabila menyusu anak anda tegakkan kedudukannya supaya air susu tidak mengalir masuk ke dalam telinga melalui tiub Eustachio.

Bagaimana Hendak Menggunakan Titisan Telinga

Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang bersih
Telengkan kepala anda atau baring mengiring dengan telinga yang berkenaan berada di atas.
Bagi pesakit dewasa tarik sedikit cuping telinganya ke atas dan ke belakang. Bagi kanak-kanak tarikh cuping telingan ke bawah dan ke belakang.
Titiskan ubat titisan itu ke dalam telinga beberapa titik mengikut yang disyorkan. Jangan memasukkan hujung penitis itu ke dalam telinga kerana ia boleh mencederakan telinga dalam. Jangan menyentuhkan hujung penitis itu ke telinga atau benda-benda lain.
Duduklah dalam keadaan itu selama 2 minit.
Sapukan cuping telinga jika terdapat titisan yang berlebihan.

APA YANG DOKTOR BOLEH LAKUKAN?

Otitis Externa

Menentukan penyebab jangkitan
Memberi ubat antibiotik, antikulat atau uabt kortikosteroid
Mencuci,menyedut dan mengeringkan telinga sepenuhnya. Otitis Media Akut
Menentukan penyebeb jangkitan
Memberi ubat antibiotik, ubat penghilang kesesakan hidung dan ubat penghilang kesakitan.
Mengguriskan sedikit gegendang telinga untuk menghilangkan kesakitan yang disebabkan oleh tekanan yang tinggi dan pengumpulan cecair di dalamnya.

Otitis Media Kronik

Mencuci dan mengeringkan telinga
Menitis ubat titisan antibiotik dan steroid ke dalam telinga
Mengenalpasti tanda-tanda awal komplikasi.

No comments:

Post a Comment