27 November 2013

Tip Membeli Makanan Sihat

Boleh dikatakan ramai mengeluh untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Rata-ratanya mengatakan memerlukan kos yang tinggi. Tetapi cuba bayangkan sekiranya anda sakit, sudah pasti ada wang yang perlu dikeluarkan malah tidak mustahil ia menjadi lebih mahal dari kos yang  sepatutnya dibelanjakan untuk mendapatkan makanan serta gaya hidup yang baik.

Oleh itu jangan cepat mengeluh kerana terdapat banyak tip yang sesuai digunakan sekiranya anda ingin membeli makanan sihat.

Fokus
Apabila tiba di pasar raya maka tumpukan kepada tujuan dan barang yang ingin dibeli. Segera ke tempat sepatutnya untuk mendapatkan makanan yang sihat. Latih diri tidak menghampiri rak atau kawasan yang bukan dalam senarai beli anda. Cara ini boleh dikatakan sebagai benteng kepada anda agar tidak membeli perkara yang tidak diperlukan.

Bahan
Sebaiknya ambil masa seketika untuk memerhatikan kandungan bahan yang digunakan sekiranya anda berminat membeli makanan yang telah dibungkuskan. Pastikan hanya ada lima atau kurang daripada jumlah tersebut bahan yang digunakan sebagai makanan.

Cuba elakkan dari membeli bungkusan makanan yang banyak menggunakan istilah kimia kerana ia boleh mengelirukan sekali gus meninggalkan kesan tidak baik kepada tubuh badan.

Gandum
Jangan sekali-sekali terpengaruh dengan makanan yang mengandungi gandum di dalamnya. Ini kerana terdapat dua jenis gandum iaitu gandum sebenar dan gandum pelbagai. Dicadangkan agar memilih gandum pertama. Walaupun harganya mahal dari yang sepatutnya tetapi kandungan gizi yang terdapat di dalamnya lebih tinggi.

Jenis sejuk beku
Lebih elok memilih makanan yang disejuk beku dari membeli makanan yang ditinkan. Berdasarkan kajian, makanan yang berada di dalam tin mengandungi sodium yang banyak berbanding makanan sejuk beku. Jadi, buatlah pilihan yang tepat demi kesihatan anda.

Lemak
Cuba latih diri membezakan produk makanan berlemak. Sama seperti gandum tadi, jangan biarkan diri ‘terjebak’ untuk membeli makanan yang mengandungi lemak tepu. Sebaliknya carilah makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, susu rendah lemak dan macam-macam lagi. Jadi, buatlah keputusan terbaik sebelum membeli sesuatu makanan yang mungkin ia tidak bermanfaat buat tubuh.

Encik Mimpi - Rindukanlah (Lirik)