28 September 2009

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..masih tidak terlewat kerana masih di bulan syawal...
seminggu lebih ibu bersama kelaurga di kampung...memang sukeee kat kampungg halaman walaupun hati penuh sayu mengenangkan pelbagai peristiwa yang terjadi...
Ayah datang awal pada hari raya ke-3, ibu datang raya ke-5 bersama c.na n c.ni, terima kasih tak terhingga buat adinda berdua..tanpa adinda tak tahulah ibu dengan sayu hati nak menyettlekan rumah yang macam tongkang pecah..huhuhu..
Hari ini temujanji ibu dengan doktor kat spital putrajaya..amik tarikh operation..bincang sikit-sikit dengan doktor..pilih tarikh 15.10.2009..berdebarr wehhhhh..mana tidaknya macam-macam dok pikir sehingga nak tidur malam tak lena..adakah itu salah satu punca tekanan darahku naik??? doktor bagitahu tak boleh operation kalau tekanan tak turun..ini satu hal kena ulang pagi-pagi pi klinik kesihatan plakk nk amik BP..teman-temanku doakanlah kesihatan ibu ya..semoga ibu dapat teruskan kehidupan ini bersama keluarga dengan ceria, bahagia, diberkati Allah S.W.T. Amin..Amin

27 September 2009

~~HIKMAH~~

Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Lebaran Idulfitri... ibu & ayah di uji dengan beberapa perkara..dan diwaktu yang sama ingin pulang ke kampung untuk berjumpa sanak saudara..ibu dihubungi oleh ayah mengatakan rumah di masuki..si polan..yang tak dikenali..
Kasihan ayah kehilangan lappy n broadband tersayang...susah sikit lah nak berblogging sekarang ni..lappy n kamera yang penuh kenangan anakanda Amna Faqiha sejak lahir..video kaletah, gelagat Amna sudah tiada...sabarlah ya..pasti ada Hikmah yang tersembunyi..dan pelbagai barangan kesayangan ibu, ayah n Amna juga hilang sekelip mata......, sabar..sabar... tok bat Amna bagi semangat bahawa Allah S.W.T bersama orang-orang yang sabar...walaupun sabar manapun ibu..ibu tetap juga goyah kerana ibu insan biasa..insan yang lemah..tengok wajah Amna..sayu terasa.. tahun ini ibu terpilih diuji dengan pelbagai dugaan..selepas satu..satu.. ibu tetap yakin n berharap hati ini tabah menghadapinya..kita kena pandang ke hadapan dan jangan lupa ke belakang...orang lain memang lagii hebatt di uji..ibu yang sedikit ini pun sudah terasa sakit pedihnya..tak terbayang kalau yang lebih berat..Ya Allah, Ya Tuhanku..aku bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi..
kepada teman-teman sekalian..jaga dan hargailah apa yang ada di depan mata..usah ditangisi, diingati jika sudah tiada..

10 September 2009

Citer-citer2

Walaupun sudah lewat tapi ibu nk ucapkan juga..Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat Umat Islam..walau di mana berada..dan juga tidak lupa Selamat Hari Lebaran yang bakal tiba minggu hadapan.. sebelum Ramadhan menjelma ada satu peristiwa yang berlaku pada ibu..semuanya tanpa diduga..sebelum ini pernah terjadi beberapa tahun dulu dan sekali semasa ibu dalam pantang..tetapi peristiwa itu terjadi berulang kali pada bulan lepas..ingatkan 'angin' biasa rupanya 'ada batu dalam hempedu' huhu.. itupun terjadi kat opiss dan tak tahan sangat minta kawan2 hantar kat kecemasan hospital Putrajaya..selepas x-tray tak tahu puncanya..buat ultrasound baru nampak dan tahu apa punca penyakit sebenarnya..
Ibu ditahan dalam wad 3 hari dan Amna di bawa pulang ke kampung oleh c.Na n c.Ni..1st time Amna balik kampung naik bas..kesian dia tak brapa selesa..sabar yea dikk..
2-3 hari sebelum Merdeka ibu n Ayah pulang untuk ambil anakanda tersayang..ibu rindu sesangat pada Amna maklumlah kami tak pernah berpisah selain tuntutan waktu bekerja...dapat pegi kusus dua kali ibu tolak..
Berdebar ibu fikirkan bila mengenangkan tarikh 28.09.09 tarikh kena pegi hospital untuk amik tarikh operation untuk buang hempedu...ibu harap sangat batu itu sudah tiada sebelum operation dibuat..Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini...Amin..
Terima kasih tak terhingga kepada my HUbby yang banyak membantu ketika sakit, bat (ayahanda ibu), c.Na, c.Ni, adik2, ipar duai sebelah hubby dan kengkawan di mana saja berada yang sudi memberi kekuatan, sokongan dan pertolongan kepada ibu..hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya..