25 May 2010

Infoooo

"Ketahui suntikan untuk anak-anak anda"
Kejayaan vaksin-vaksin moden merupakan satu pencapaian yang palingluar biasa dalam bidang sains perubatan. Sebelum adanya vaksin, ramaikanak-kanak telah dijangkiti penyakit menular seperti polio, campak,batuk kering, hepatitis dan batuk kokol. Ramai di antara mereka yang telah meninggal dunia. Di kalanganmereka yang hidup, ramai yang mengalami kecacatan yang kekal, sepertiterencat akal, palsi serebral, epilepsi, buta dan pekak.Vaksin-vaksin telah berjaya mengurangkan jangkitan penyakit-penyakityang berbahaya ini. Proses imunisasi telah berjaya meningkatkankesihatan, tempoh hayat serta kesejahteraan berjuta-juta kanak-kanak diseluruh dunia. Kanak-kanak telah banyak memperolehi manfaat daripada vaksin-vaksinjika dibandingkan dengan program pencegahan kesihatan awam yang laindalam sejarah manusia! Tetapi malang sekali, sesetengah ibu bapa sudah lupa ataupun tidakmenyedari tentang kepentingan imunisasi terhadap kesihatan kanak-kanak.Mereka telah tersilap apabila menyangka bahawa penyakit-penyakitserius tersebut telah lenyap ataupun telah dibasmi buat selama-lamanyadari muka bumi ini.Sesetengah ibu bapa pula telah ditakutkan dengan laporan-laporanyang mengatakan bahawa ada kemungkinan sesetengah vaksin akanmemberikan kesan-kesan sampingan. Tetapi hakikatnya ialah risiko kepada kesihatan anak anda lebihteruk jika anak anda tidak diimunisasi. Sebagai ibu bapabertanggungjawab, anda perlu memastikan anak- anak mendapat kesemuavaksin yang telah disyorkan.Vaksin yang diguna pakai kini adalah selamat. Lazimnya tiada apamasalah yang akan timbul selepas suntikan vaksin. Kesan sampingan, jikaada, hanyalah merupakan tindak balas yang ringan seperti demam,kemerahan atau kebengkakan di tempat suntikan. Jarang sekali terjaditindak balas yang membahayakan.Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntikdengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh. Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodiyang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahayaapabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesananserta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapatkebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua. Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis(batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol),difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilusinfluenza (Hib) dan hepatitis B. Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagaipenyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox),cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitanpneumokokal dan hepatitis A.Kanak-kanak di Malaysia pada hari ini menerima suntikan-suntikan berikut sebelum memasuki sekolah: - 3 dos Hepatitis B- 1 dos tuberkulosis- 5 dos DTwP (difteria, tetanus, pertusis seluruh sel) atau DTaP(pertusis tanpa sel (acellular) boleh didapati daripada sektor swasta)- 3 hingga 4 dos Hib- 5 dos IPV atau OPV (vaksin polio yang tidak diaktifkan atau vaksin polio secara oral)- 2 dos MMRMereka juga boleh mendapatkan satu suntikan untuk cacar air selepasusia setahun, satu suntikan untuk influenza pada setiap tahun, sertadua suntikan untuk Hepatitis A.Setiap ibu bapa serta pakar perunding pediatrik sememangnya tidak mahu anak- anak mereka mendapat suntikan yang begitu banyak. Terdapat beberapa cara untuk pilihan ini berlaku:* Anda boleh memilih untuk tidak mengimunisasi anak anda sertameletakkan mereka di bawah risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yangsebenarnya boleh dicegah dengan vaksin yang sedia ada. Ini bukan merupakan satu pilihan yang waras memandangkan betapaseriusnya penyakit-penyakit tersebut serta kesan buruk yang akan kekalsepanjang hayat mereka.* Anda boleh berharap agar kesemua penyakit-penyakit ini akandihapuskan serta vaksin tersebut tidak akan diperlukan lagi di seluruhdunia. Namun demikian, kini, ia merupakan satu matlamat yang masihtidak kesampaian* Pilihan yang lebih realistik, selamat serta efektif ialah untukmeminta suntikan vaksin kombinasi yang akan dapat mengurangkan bilangansuntikan yang diperlukan oleh anak anda. Kini, Kementerian Kesihatan menyarankan 10 vaksin untuk diberikansecara rutin kepada semua kanak-kanak pada usia-usia yang tertentu. Daripada 10 vaksin tersebut, enam akan diberikan secara kombinasi.Vaksin-vaksin untuk difteria, tetanus serta pertusis digabungkanmenjadi suntikan DTwP. Vaksin-vaksin untuk campak, beguk dan rubela pula digabungkanmenjadi suntikan MMR. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilaisemua vaksin kombinasi.Kombinasi DTwP dan MMR telah terbukti merupakan vaksin kombinasiyang mempunyai keberkesanan serta keselamatan yang sama seperti jikadiberikan secara berasingan. Walau bagaimanapun, kemunculan vaksin-vaksin baru seperti Hib,pertusis tanpa sel, varisela dan IPV telah menimbulkan pelbagaipersoalan berkenaan dengan keberkesanan sesetengah vaksin kombinasi.Pada hakikatnya, kesemuanya merupakan vaksin-vaksin yang hebat.Hib atau “vaksin meningitis” telah banyak mengurangkan peluang untukmendapat jangkitan Haemophilus Influenzae B yang boleh menyebabkanradang pada lapisan sekeliling otak (meningitis), jangkitan alirandarah serta radang paru-paru. Varisela atau vaksin cacar air yang kini telah mula diterima denganmeluas, sememangnya mempunyai kebaikan yang jelas sekali mengatasirisiko penyakit tersebut. Berbeza sekali dengan vaksin pertusis seluruhsel (wP), vaksin pertusis tanpa sel (aP) bertindak dengan lebihberkesan serta mempunyai kesan sampingan yang kurang.OPV pula merupakan vaksin hebat yang dapat mencegah polio tetapimempunyai kebarangkalian sebanyak satu dalam sejuta untuk menyebabkanpenyakit tersebut. IPV pula langsung tidak mempunyai sebarang kesansampingan yang berbahaya ini.Menggabungkan vaksin-vaksin baru yang hebat ini di dalam satupicagari telah terbukti lebih bermasalah berbanding kombinasi-kombinasi lazim seperti DTwP dan MMR.Ia bukanlah semata-mata menggabungkan beberapa vaksin yang berbezake dalam satu picagari untuk diberikan sebagai satu suntikan. Sebabitulah doktor anda tidak pernah mencampurkan suntikan-suntikan ini.Kini, sejenis vaksin heksavalen (6 dalam 1) yang menggabungkan DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B telah mula digunakan di Malaysia. Satu kombinasi MMR dengan Varisela (MMR-V) sedang menjalanipercubaan klinikal dan akan sedia untuk kegunaan umum tidak beberapalama lagi. Vaksin-vaksin kombinasi ini akan mengurangkan lagi bilangan suntikanberasingan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kini, kekurangan rasasakit akan menambahkan lagi kebaikan!Menggabungkan vaksin-vaksin untuk menghasilkan satu suntikan akanmemberikan lebih banyak manfaat kepada kanak-kanak serta keluarga. Iajuga sudah pastinya akan mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak (danjuga ibu bapa!) berbanding beberapa suntikan. Di samping itu juga, ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengingatitarikh-tarikh vaksinasi dan secara tidak langsung akan memastikan ibubapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak- anakmereka. Ini seterusnya akan meningkatkan kejayaan program vaksinasi negara serta perlindungan sejagat untuk semua kanak-kanak. Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, Dr. Musa Mohd. Nordin.Sila hantar soalan anda yang berhubungan dengan kesihatan anak,pemakanan dan penjagaan kesihatan semasa hamil kepada SekretariatPositive Parenting, c/o VersaComm Sdn. Bhd. 12-A, Jalan PJS 8/4,Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor atau e-melinfo@mypo sitiveparenting.org.Untuk menerima naskhah percuma majalah Positive Parenting, sila hubungi (03) 56211408. Persatuan Pediatrik Malaysia tidak menyokong mana-mana jenama atau produk. Positive Parenting adalah program pendidikan oleh PersatuanPediatrik dengan usaha sama Persatuan Obstetrik & GinekologiMalaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia. Positive Parenting disokongoleh geran pendidikan tanpa syarat dari Abbott Share and Care World.

No comments:

Post a Comment