10 September 2009

Citer-citer2

Walaupun sudah lewat tapi ibu nk ucapkan juga..Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat Umat Islam..walau di mana berada..dan juga tidak lupa Selamat Hari Lebaran yang bakal tiba minggu hadapan.. sebelum Ramadhan menjelma ada satu peristiwa yang berlaku pada ibu..semuanya tanpa diduga..sebelum ini pernah terjadi beberapa tahun dulu dan sekali semasa ibu dalam pantang..tetapi peristiwa itu terjadi berulang kali pada bulan lepas..ingatkan 'angin' biasa rupanya 'ada batu dalam hempedu' huhu.. itupun terjadi kat opiss dan tak tahan sangat minta kawan2 hantar kat kecemasan hospital Putrajaya..selepas x-tray tak tahu puncanya..buat ultrasound baru nampak dan tahu apa punca penyakit sebenarnya..
Ibu ditahan dalam wad 3 hari dan Amna di bawa pulang ke kampung oleh c.Na n c.Ni..1st time Amna balik kampung naik bas..kesian dia tak brapa selesa..sabar yea dikk..
2-3 hari sebelum Merdeka ibu n Ayah pulang untuk ambil anakanda tersayang..ibu rindu sesangat pada Amna maklumlah kami tak pernah berpisah selain tuntutan waktu bekerja...dapat pegi kusus dua kali ibu tolak..
Berdebar ibu fikirkan bila mengenangkan tarikh 28.09.09 tarikh kena pegi hospital untuk amik tarikh operation untuk buang hempedu...ibu harap sangat batu itu sudah tiada sebelum operation dibuat..Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini...Amin..
Terima kasih tak terhingga kepada my HUbby yang banyak membantu ketika sakit, bat (ayahanda ibu), c.Na, c.Ni, adik2, ipar duai sebelah hubby dan kengkawan di mana saja berada yang sudi memberi kekuatan, sokongan dan pertolongan kepada ibu..hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya..

No comments:

Post a Comment