
17 June 2010
COTI2 LAGIII
Balik kampung seminggu 04-13 Jun 2010 untuk memeriahkan majlis perkahwinan adinda kedua ku miss Userina:
sebelum majlis perkahwinan ibu, ayah & Af pergi berbBq di pantai Tok Bali bersama2 keluarga sebelah ayahanda Af, sungguh meriah majlis tersebut kebanyakan dihadiri oleh adik beradik dan ipar duai, family ayah sor, abe lim, ayah naf, ayah lik, ummi syah, ummi zah dan rakan2...
sebelah tengahari ummi zah datang menjemput kami ke rumah ibu mertua sesampainya di Jelawat mertua ibu tiada kerana berada di rumah ayah lik, sudahnya kerumah ummi zah & sama2 bertolak ke tok bali..
selepas asar bertolak ke kawasan jambatan tok Bali..group lelaki membuat bara api, kaum perempuan sediakan apa2 yang boleh di makan utk mengalas perut, macam2 ada, k.wan buat nasi goreng kerabu, k.mas buat mee goreng sama menu dgn ummi syah, c.lah buat bihun goreng bersama puding koktail, kami bawa perutt saja hahaha..
menu untuk BbQ plak ada ayam..sedap tapi ibu tak sempat nak mencuba, ada ikan, sotong yg besar, sesudah d bakar apalagi cicah dengan sos emmmm sedappp..
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...ibu sekeluarga akan merindui suasana seperti ini entah bila dapat meraikan sebegini lagi...harap2 dapat lagi..
sebelum majlis perkahwinan ibu, ayah & Af pergi berbBq di pantai Tok Bali bersama2 keluarga sebelah ayahanda Af, sungguh meriah majlis tersebut kebanyakan dihadiri oleh adik beradik dan ipar duai, family ayah sor, abe lim, ayah naf, ayah lik, ummi syah, ummi zah dan rakan2...
sebelah tengahari ummi zah datang menjemput kami ke rumah ibu mertua sesampainya di Jelawat mertua ibu tiada kerana berada di rumah ayah lik, sudahnya kerumah ummi zah & sama2 bertolak ke tok bali..
selepas asar bertolak ke kawasan jambatan tok Bali..group lelaki membuat bara api, kaum perempuan sediakan apa2 yang boleh di makan utk mengalas perut, macam2 ada, k.wan buat nasi goreng kerabu, k.mas buat mee goreng sama menu dgn ummi syah, c.lah buat bihun goreng bersama puding koktail, kami bawa perutt saja hahaha..
menu untuk BbQ plak ada ayam..sedap tapi ibu tak sempat nak mencuba, ada ikan, sotong yg besar, sesudah d bakar apalagi cicah dengan sos emmmm sedappp..
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...ibu sekeluarga akan merindui suasana seperti ini entah bila dapat meraikan sebegini lagi...harap2 dapat lagi..
03 June 2010
Eppiiiiiiiiiiiiii & Cotiiiiiii
Sudah hampir seminggu AF berada di kampung bersama tok bat, tok mak, makcik2 & pakcik2..
ibu merinduimuuuuu...
tungguuuuuuu
ibu akan menyertai AF malam ini...
cepatlah waktu berlalu tak sabar menantikan saat dan detik itu...
tentunya c.Na AF sedang menghitung hari...utk apa ya..itu hanya c.Na yg tahuuu
nanti ibu akan canangkan apa yg dok di hitungkan sangat tuuu...
31 May 2010
da Tue ka?
26 May 2010
The Body Shop Clearance Sales! up to 70% off - Malaysian
3 day Member specials too! extra 10% discount!!16-18th May!!! ..
Dapat SMS dr BS ni..teruja la nengoknya... sesaje jenjalan time rehaaattt jumaat lps..lalu BS tgk ramai pakat dok dalam tu, ibu pon sajest kawan opis Ika..jom nengok..ulang ya jom tengok hahaha,, servey2 kawan ibu dah berkenan Perfume Oil Vanilla..dia tanya ibu nak beli apa2?..hahaha gaji blom lagi nih ingat dpt mcm 70% ka upenya hampeh tgk2 x der pon, 30% 20% 10% adala kn beli2 & beli dpt la kot % tu..adoyai..sudah2..lalu ibu terboliii ehh..ini Body Mist JCB -Japan/Japon nih..

Ini ika punya...stok ibu ada lg yg mcm ni..tp Sequin S.E - haa mcm keta special edition
...kalo ikutkan sokak2 yg ini..nanti la ya RM lobih bleh la.
25 May 2010
Grrrrrrr....
Ari ini adalah...ari nak marahhh rasee..haha biarpun ari2 lain pon ada jugakkk rasa itew..pagii tadi rase hot ballon, hot market, hotdog suma ada.. nasib baik di tengahari ini volume hot tu da cool...
bengang2 suda ilang..nanti tak tau akan datang jua jika situasi yg sama..
Infoooo
"Ketahui suntikan untuk anak-anak anda"
Kejayaan vaksin-vaksin moden merupakan satu pencapaian yang palingluar biasa dalam bidang sains perubatan. Sebelum adanya vaksin, ramaikanak-kanak telah dijangkiti penyakit menular seperti polio, campak,batuk kering, hepatitis dan batuk kokol. Ramai di antara mereka yang telah meninggal dunia. Di kalanganmereka yang hidup, ramai yang mengalami kecacatan yang kekal, sepertiterencat akal, palsi serebral, epilepsi, buta dan pekak.Vaksin-vaksin telah berjaya mengurangkan jangkitan penyakit-penyakityang berbahaya ini. Proses imunisasi telah berjaya meningkatkankesihatan, tempoh hayat serta kesejahteraan berjuta-juta kanak-kanak diseluruh dunia. Kanak-kanak telah banyak memperolehi manfaat daripada vaksin-vaksinjika dibandingkan dengan program pencegahan kesihatan awam yang laindalam sejarah manusia! Tetapi malang sekali, sesetengah ibu bapa sudah lupa ataupun tidakmenyedari tentang kepentingan imunisasi terhadap kesihatan kanak-kanak.Mereka telah tersilap apabila menyangka bahawa penyakit-penyakitserius tersebut telah lenyap ataupun telah dibasmi buat selama-lamanyadari muka bumi ini.Sesetengah ibu bapa pula telah ditakutkan dengan laporan-laporanyang mengatakan bahawa ada kemungkinan sesetengah vaksin akanmemberikan kesan-kesan sampingan. Tetapi hakikatnya ialah risiko kepada kesihatan anak anda lebihteruk jika anak anda tidak diimunisasi. Sebagai ibu bapabertanggungjawab, anda perlu memastikan anak- anak mendapat kesemuavaksin yang telah disyorkan.Vaksin yang diguna pakai kini adalah selamat. Lazimnya tiada apamasalah yang akan timbul selepas suntikan vaksin. Kesan sampingan, jikaada, hanyalah merupakan tindak balas yang ringan seperti demam,kemerahan atau kebengkakan di tempat suntikan. Jarang sekali terjaditindak balas yang membahayakan.Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntikdengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh. Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodiyang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahayaapabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesananserta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapatkebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua. Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis(batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol),difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilusinfluenza (Hib) dan hepatitis B. Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagaipenyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox),cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitanpneumokokal dan hepatitis A.Kanak-kanak di Malaysia pada hari ini menerima suntikan-suntikan berikut sebelum memasuki sekolah: - 3 dos Hepatitis B- 1 dos tuberkulosis- 5 dos DTwP (difteria, tetanus, pertusis seluruh sel) atau DTaP(pertusis tanpa sel (acellular) boleh didapati daripada sektor swasta)- 3 hingga 4 dos Hib- 5 dos IPV atau OPV (vaksin polio yang tidak diaktifkan atau vaksin polio secara oral)- 2 dos MMRMereka juga boleh mendapatkan satu suntikan untuk cacar air selepasusia setahun, satu suntikan untuk influenza pada setiap tahun, sertadua suntikan untuk Hepatitis A.Setiap ibu bapa serta pakar perunding pediatrik sememangnya tidak mahu anak- anak mereka mendapat suntikan yang begitu banyak. Terdapat beberapa cara untuk pilihan ini berlaku:* Anda boleh memilih untuk tidak mengimunisasi anak anda sertameletakkan mereka di bawah risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yangsebenarnya boleh dicegah dengan vaksin yang sedia ada. Ini bukan merupakan satu pilihan yang waras memandangkan betapaseriusnya penyakit-penyakit tersebut serta kesan buruk yang akan kekalsepanjang hayat mereka.* Anda boleh berharap agar kesemua penyakit-penyakit ini akandihapuskan serta vaksin tersebut tidak akan diperlukan lagi di seluruhdunia. Namun demikian, kini, ia merupakan satu matlamat yang masihtidak kesampaian* Pilihan yang lebih realistik, selamat serta efektif ialah untukmeminta suntikan vaksin kombinasi yang akan dapat mengurangkan bilangansuntikan yang diperlukan oleh anak anda. Kini, Kementerian Kesihatan menyarankan 10 vaksin untuk diberikansecara rutin kepada semua kanak-kanak pada usia-usia yang tertentu. Daripada 10 vaksin tersebut, enam akan diberikan secara kombinasi.Vaksin-vaksin untuk difteria, tetanus serta pertusis digabungkanmenjadi suntikan DTwP. Vaksin-vaksin untuk campak, beguk dan rubela pula digabungkanmenjadi suntikan MMR. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilaisemua vaksin kombinasi.Kombinasi DTwP dan MMR telah terbukti merupakan vaksin kombinasiyang mempunyai keberkesanan serta keselamatan yang sama seperti jikadiberikan secara berasingan. Walau bagaimanapun, kemunculan vaksin-vaksin baru seperti Hib,pertusis tanpa sel, varisela dan IPV telah menimbulkan pelbagaipersoalan berkenaan dengan keberkesanan sesetengah vaksin kombinasi.Pada hakikatnya, kesemuanya merupakan vaksin-vaksin yang hebat.Hib atau “vaksin meningitis” telah banyak mengurangkan peluang untukmendapat jangkitan Haemophilus Influenzae B yang boleh menyebabkanradang pada lapisan sekeliling otak (meningitis), jangkitan alirandarah serta radang paru-paru. Varisela atau vaksin cacar air yang kini telah mula diterima denganmeluas, sememangnya mempunyai kebaikan yang jelas sekali mengatasirisiko penyakit tersebut. Berbeza sekali dengan vaksin pertusis seluruhsel (wP), vaksin pertusis tanpa sel (aP) bertindak dengan lebihberkesan serta mempunyai kesan sampingan yang kurang.OPV pula merupakan vaksin hebat yang dapat mencegah polio tetapimempunyai kebarangkalian sebanyak satu dalam sejuta untuk menyebabkanpenyakit tersebut. IPV pula langsung tidak mempunyai sebarang kesansampingan yang berbahaya ini.Menggabungkan vaksin-vaksin baru yang hebat ini di dalam satupicagari telah terbukti lebih bermasalah berbanding kombinasi-kombinasi lazim seperti DTwP dan MMR.Ia bukanlah semata-mata menggabungkan beberapa vaksin yang berbezake dalam satu picagari untuk diberikan sebagai satu suntikan. Sebabitulah doktor anda tidak pernah mencampurkan suntikan-suntikan ini.Kini, sejenis vaksin heksavalen (6 dalam 1) yang menggabungkan DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B telah mula digunakan di Malaysia. Satu kombinasi MMR dengan Varisela (MMR-V) sedang menjalanipercubaan klinikal dan akan sedia untuk kegunaan umum tidak beberapalama lagi. Vaksin-vaksin kombinasi ini akan mengurangkan lagi bilangan suntikanberasingan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kini, kekurangan rasasakit akan menambahkan lagi kebaikan!Menggabungkan vaksin-vaksin untuk menghasilkan satu suntikan akanmemberikan lebih banyak manfaat kepada kanak-kanak serta keluarga. Iajuga sudah pastinya akan mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak (danjuga ibu bapa!) berbanding beberapa suntikan. Di samping itu juga, ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengingatitarikh-tarikh vaksinasi dan secara tidak langsung akan memastikan ibubapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak- anakmereka. Ini seterusnya akan meningkatkan kejayaan program vaksinasi negara serta perlindungan sejagat untuk semua kanak-kanak. Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, Dr. Musa Mohd. Nordin.Sila hantar soalan anda yang berhubungan dengan kesihatan anak,pemakanan dan penjagaan kesihatan semasa hamil kepada SekretariatPositive Parenting, c/o VersaComm Sdn. Bhd. 12-A, Jalan PJS 8/4,Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor atau e-melinfo@mypo sitiveparenting.org.Untuk menerima naskhah percuma majalah Positive Parenting, sila hubungi (03) 56211408. Persatuan Pediatrik Malaysia tidak menyokong mana-mana jenama atau produk. Positive Parenting adalah program pendidikan oleh PersatuanPediatrik dengan usaha sama Persatuan Obstetrik & GinekologiMalaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia. Positive Parenting disokongoleh geran pendidikan tanpa syarat dari Abbott Share and Care World.
Injekkkkk Lagi..dan lagiii
Semalam 24/05/2010, temujanji AF kat KKM, ibu balik awal hari ini..kena balik sendiri b coz ayahanda tak dapat kuar awal.. Nurse bagitahu AF dah last injek bagi program (Vaksin DTap-IPV/Hib)-- ni program baru di wujudkan khas buat bayi yg lahir dari bulan Oktober 2008 - sekarang, sesetengah negeri shj ada pada permulaan program ni, nasib baik ibu berada di dua negeri yg terlibat -> Putrajaya & Klate, sene masa pantang dulu dah ada kat sana, pada negeri2 yg blom ada lagi sabar ya..da bermula awal tahun ini 2010 dan d perluaskan lg tahun 2011..
AF sbl ni kalo di injek amat baikkk...jap jek nangis..stakat ekk ekk..trus diam..semlm nanes jgk ckit almaklumlah udah besau anak dara ibu ni..smpai 'kram' perut ibu dok tahan dia dr brgerak huhu..apa2 pun ibu doakan AF sihat sokmo, ceria, di berkati hidupnya d dunia & akhirat-Amin, menjadi anak yg solehah, dan ibu bersyukur sangat dgn masalah tinge AF, doc kata ok shj & x payah rujuk ENT..wisau btoiiiiii iskkkkhh...jom AF kite pi kolammm
31 March 2010
05 March 2010
ROTI
Roti penuh kasih sayang
Muhammad seorang anak yang bijak dan aktif. Dia suka makan roti bersalut mentega kacang dan coklat. Tetapi, dia tidak mahu makan roti yang tidak dibuang keraknya. Dia berkeras bila ibu dan bapanya memujuk dia makan keseluruhan roti. Dia membiarkan roti tersebut di dalam piring tanpa diusik. Dia merajuk dan terus duduk menonton televisyen. Tiba-tiba Muhammad melihat slot iklan yang memohon sumbangan bagi mengurangkan kesengsaraan penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Ada sekumpulan kanak-kanak menangis kelaparan. Dia terkejut melihat mereka berebut sekeping roti kosong dan hanya dapat makan secubit roti. Air mata Muhammad mengalir perlahan. Dia berasa berdosa kerana tidak menghargai rezeki yang ada lalu berlari mendapatkan ibu bapa dan meminta maaf. Bapa Muhammad tersenyum.
“Apabila kita bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan dan tidak membazir, kita adalah manusia yang penuh kasih sayang. Di luar sana ramai yang kelaparan. Jadi, belajarlah menginsafi kehidupan orang lain.” Muhammad mula faham mengapa ibu bapanya selalu memaksa dia makan keseluruhan roti kerana kerak roti pun sedap juga.
Muhammad seorang anak yang bijak dan aktif. Dia suka makan roti bersalut mentega kacang dan coklat. Tetapi, dia tidak mahu makan roti yang tidak dibuang keraknya. Dia berkeras bila ibu dan bapanya memujuk dia makan keseluruhan roti. Dia membiarkan roti tersebut di dalam piring tanpa diusik. Dia merajuk dan terus duduk menonton televisyen. Tiba-tiba Muhammad melihat slot iklan yang memohon sumbangan bagi mengurangkan kesengsaraan penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Ada sekumpulan kanak-kanak menangis kelaparan. Dia terkejut melihat mereka berebut sekeping roti kosong dan hanya dapat makan secubit roti. Air mata Muhammad mengalir perlahan. Dia berasa berdosa kerana tidak menghargai rezeki yang ada lalu berlari mendapatkan ibu bapa dan meminta maaf. Bapa Muhammad tersenyum.
“Apabila kita bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan dan tidak membazir, kita adalah manusia yang penuh kasih sayang. Di luar sana ramai yang kelaparan. Jadi, belajarlah menginsafi kehidupan orang lain.” Muhammad mula faham mengapa ibu bapanya selalu memaksa dia makan keseluruhan roti kerana kerak roti pun sedap juga.
04 February 2010
Emmm
Lasagne Berkeju
Bahan-Bahan:
4 keping pasta lasagne
1 biji bawang
20 gm isi ayam
4 sudu tomato puri
4 sudu tomato puri
2 cwn susu cair
20 gm keju mozzarella
Cara:
1.Rebuskan pasta lasagne dan toskan
2.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dicincang,tomato puridan isi ayam
3.Gaulkan keju mozzarella bersama susu cair hingga pekat
4.Sambil itu sapukan marjerin di sekeliling mangkuk pembakar dan masukkan sekeping lasagne ditoskan tadi,diikuti dengan lapisan inti isi ayam yang telah dimasak tadi
5.Ulangi langkah setingkat demi setingkat dan bakar selama 25 minit di dalam ketuhar bersuhu 140 selsius
Resepi
Bubur Ayam Kasih Sayang
2 CAWAN BERAS
1 EKOR AYAM DIREBUS
3CAWAN STOK AYAM REBUSAN
2 BATANG LOBAK MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKETUK
1 LABU BAWANG BESAR-DIKISAR
5 CM HALIA-DIKETUK
2 BATANG SERAI-DIKETUK
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
1 POKOK DAUN SUP-POTONG HALUS
1 SUDU LADA HITAM IKUT PEDAS-DIKISAR
1 UNCANG SUP BUJUT
5 CAWAN AIR
GARAM SECUKUP RASA
Cara:
-AYAM YANG DIREBUS DICARIK KECIL-KECIL
-BERAS DIMASAK BERSAMA 5 CAWAN AIR SAMPAI MASAK.
-MASUKKAN HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH,SERAI,LADA HITAM.
-MASUKKAN STOK AYAM,1 CAWAN AIR DAN KACAU HINGGA MENDIDIH.
-MASUKKAN SUP BUNJUT, KULIT KAYU MANIS,LOBAK DAN DAUN SUP.KACAU SEBATI.
-MASUKKAN AYAM DIRACIK,TAMBAHKAN GARAM SECUKUP RASA.BIARKAN MENDIDIH
-SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.HIASKAN DENGAN BAWANG GORENG.
MENTAL
Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
Selesa dengan diri sendiri
Selesa dengan orang lain
Selesa dengan persekitaran
Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
Selesa dengan diri sendiri
Selesa dengan orang lain
Selesa dengan persekitaran
Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Ujian Saringan untuk LelakiAdakah saya sihat?
Apakah itu ujian saringan?
Mengapa saya harus menjalani ujian saringan?
Bagaimana untuk membuat ujian saringan?
Bilakah saya harus membuat ujian saringan?
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Siapakah yang harus saya jumpa sekiranya keputusan itu luarbiasa?
Apakah yang perlu saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?
-->
Adakah saya sihat?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.
Apakah itu ujian saringan?
Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.
Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.
Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:
Kegemukan (Obesiti)
Tekanan Darah Tinggi
Kencing Manis
Paras kolesterol dalam darah
Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?
Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.
Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.
Bagaimana untuk membuat ujian saringan?
Keadaan
Apa yang perlu dibuat/ujian yang dijalankan
Kegemukan
Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)
Tekanan darah tinggi
Tekanan darah
Kencing manis
Paras gula dalam darah
Kolesterol yang tinggi
Paras kolesterol dalam darah
Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?
Anda digalakkan mengikut panduan di bawah:
Ujian
20 - 34 tahun
35 - 59 tahun
Berat dan tinggi untuk IJB
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Tekanan darah
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Paras gula dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada kencing manis
Pemeriksaan rambang untuk gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk <> 40 tahun.
Paras kolesterol dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah
Ujian kolesterol dalam darah sekurang-kurangnya 5 kali setahun
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut.
Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa?
Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?
Makan secara sihat - Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
Sentiasa aktif - Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.
Tidak merokok - Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda.
Menangani tekanan (stres) - Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
TELINGA
Jangkitan Telinga
PENGENALAN
Tedapat 3 bahagian di dalam telinga: bahagian luar telinga , bahagian tengah telinga dan bahagian dalam telinga
Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran/kanal telinga luar
Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula dari gegendang dan mengandungi 3 tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.
Bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya.
Telinga menanah atau jangkitan telinga boleh terjadi sama ada di bahagian luar telinga (otitis externa) ataupun di bahgian tengah telinga (otitis media).
Jangkitan boleh disebakan oleh kuman virus, bakteria atau kulat.
TANDA DAN GEJALA
Otitis Externa (Jangkitan bahagian luar telinga )
Sakit telinga
Gatal
Hilang ataupun tidak hilang pendengaran
Terdapat atau tidak tedapatnya lelehan telingan
Pina dan saluran/kanal
Telinga bengkak Otitis Media (Telinga Menanah)
Boleh jadi akut atau kronik
Sakit telinga yang menyucukdan hilang apabila gegendang telinga telah pecah
Pekak dan bunyi berdering dalam telinga
Seringkali diikuti oleh demam, hidung berair dan sakit tekak
Nanah keluar dari telinga menandakan gegendang telah pecah
Bag bayi: mereka akan menangis berpanjangan, diselang-seli dengan jeritan, terjaga di waktu malam dan mengosok atau menarik-narik telinga .
Kadang-kala tidak dapat mengimbangkan diri atau bergoyang-goyang.
KOMPLIKASI
Pekak yang berkekalan
Abses otak dan kerosakan otak
Palsi fasial - kelumpuhan pada sebahagian sisi muka
Jangkitan mungkin merebak ke tengkorak, lapisan meninges dan otak - membawa kepada jangkitan seperti mastoiditis akut (jangkitan merebak dari bahagian tengah telinga ke tulang di belakang telinga).
FAKTOR PENYUMBANG
Otitis Externa
Tabiat yang sering membuang tahi telinga atau mengorek telinga jauh ke dalam hingga mencederakan telinga dan ini mendedahkannya kepada jangkitan.
Keadaan lembab di dalam saluran telinga disebabkan oleh keadaan cuaca atau berenang - sebab itu jangkitan otitis externa ini kadang-kadang dipannggil sebagai 'Telinga Perenang' 7 Di samping itu, jangkitan boleh disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap minyak wangi atau semburan rambut.
Penyakit-penyakit kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis boleh membawa kepada jangkitan otitis externa.
Otitits Media
Lazimnya berlaku selepas jangkitan tonsil atau tonsilitis, campak measles dan influenza.
Selalunya diikuti oleh jangkitan bahagaian atas saluran penafasan
Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit ini kerana mereka lebih kerap mendapat selesema dan tiub Eustachio lebih pendek dan mendatar. Ini memudahkan sesuatu jangkitan menjalar naik ke saluran/tiub dari tekak.
PENJAGAAN SENDIRI
Otitis Externa
Jika sekiranya mendapat sakit telinga atau deman ambillah ubat penghilang kesakitan parasetamol.
Sapu dan cuci lelehan dari telinga perlahan-lahan menggunakan putik kapas.
Pastikan saluran telinga sentiasa kering sehingga jangkitan yang ada sembuh sepenuhnya.
Jika sakit telinga tidak berhenti dalam sehari dua, berjumpalah doktor untuk mendapat rawatan.
Jangan menitik sebarang ubat ke dalam telinga tanpa nasihat doktor.
Otitis Media
Jika sakit telinga dan demam ambillah ubat penghilang kesakitan seperti parasetamol.
Berehat dan minum lebih banyak cacair.
Biarkan lelehan keluar dari telinga dengan sendiri kemudian cuci perlahan-lahan.
Berjumpalah doktor sekiranya sakit telinga masih berterusan dan terdapatnya komplikasi.
Pastikan telinga anda sentiasa kering. Elakkan dari air memasuki telinga.
PETUA PENTING
Otitis Externa
Pakai penutup kepala (cap) ketika berenang atau mandi
Keringkan telinga sepenuhnya selepas berenang dan mandi
Elakkan tabiat mengorek telinga
Gunakan titisan telinga untuk melembutkan tahi telinga yang kering dan keras.
Didik anak anda supaya tidak memasukkan sesuatu ke dalam telinga.
Otitis Media
Hidung yang tersumbat dan berair perlu dirawat sepenuhnya.
Bukakan mulut apabila menghembus hidung semasa mendapat selesema untuk mengelakkan rembesan dari hidung/tekak tertolak masuk ke dalam telinga melalui tiub Eustachio. Cara yang lain adalah dengan menghembus hidung melalui satu dari lubang hidung sahaja. Yang satu lagi hendaklah ditekan (tutup).
Hadkan pergaulan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain yang menghidap selesema.
Jauhkan anak anda dari asap rokok yang sering dikaitkan dengan jangkitan telinga.
Susui anak anda dengan susu badan kerana anak yang diberi penyusuan susu ibu jarang sekali mendapat jangkitan telinga.
Apabila menyusu anak anda tegakkan kedudukannya supaya air susu tidak mengalir masuk ke dalam telinga melalui tiub Eustachio.
Bagaimana Hendak Menggunakan Titisan Telinga
Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang bersih
Telengkan kepala anda atau baring mengiring dengan telinga yang berkenaan berada di atas.
Bagi pesakit dewasa tarik sedikit cuping telinganya ke atas dan ke belakang. Bagi kanak-kanak tarikh cuping telingan ke bawah dan ke belakang.
Titiskan ubat titisan itu ke dalam telinga beberapa titik mengikut yang disyorkan. Jangan memasukkan hujung penitis itu ke dalam telinga kerana ia boleh mencederakan telinga dalam. Jangan menyentuhkan hujung penitis itu ke telinga atau benda-benda lain.
Duduklah dalam keadaan itu selama 2 minit.
Sapukan cuping telinga jika terdapat titisan yang berlebihan.
APA YANG DOKTOR BOLEH LAKUKAN?
Otitis Externa
Menentukan penyebab jangkitan
Memberi ubat antibiotik, antikulat atau uabt kortikosteroid
Mencuci,menyedut dan mengeringkan telinga sepenuhnya. Otitis Media Akut
Menentukan penyebeb jangkitan
Memberi ubat antibiotik, ubat penghilang kesesakan hidung dan ubat penghilang kesakitan.
Mengguriskan sedikit gegendang telinga untuk menghilangkan kesakitan yang disebabkan oleh tekanan yang tinggi dan pengumpulan cecair di dalamnya.
Otitis Media Kronik
Mencuci dan mengeringkan telinga
Menitis ubat titisan antibiotik dan steroid ke dalam telinga
Mengenalpasti tanda-tanda awal komplikasi.
13 January 2010


Sempena di tahun baru ini..ibu dapat tawaran kursus Induksi Umum kat Ikwas, Kluang..InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar hingga ke penghujung serta lulus dengan jayanya exam yg bakal dilalui.
Disember lepas dapat kat Intim, Kemamam, sukalah ibu senang dan dekat boleh balik kampung tapi kita hanya merancang semua ketentuan oleh Yang Maha Berkuasa.. ibu sakit masuk wad dan dapat MC jadi, tak dapat hadir kursus kat teganu kito..
Welcome 2010

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...
Sudah 12 hari berlalu tapi ibu nak ucap jugak "Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...sekejap sahaja 2009 berlalu..kadang-kadang terlupa sudah berada di tahun 2010 walaupun 2009 sudah tidak bersisa..
Ibu dah selamat menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Putrajaya pada 18.12.09.. terima kasih kepada Doktor-doktor, Nurse-nurse serta staff yang bertugas... tanpa usaha dan kerjasama kalian serta keizinan dari Allah tidak tahu apa yang akan terjadi pada ibu.. ibu bersyukur dan sangat terima kasih pada-Mu ya Allah..Amin.
03 December 2009
Sebelum Hari Raya Iduladha..ibu dapat MC 17 hari..dari hospital dan campur dengan klinik sebab sakit mata..selepas keluar wad terusss bercotii di kampung..selepas raya ibu dan ayahanda datang semula tanpa membawa Amna Faqiha...
ohhhh renduuunya kat anakanda...tak sabar-sabar ibu menunggu kepulangan anakanda Amna Faqiha dari kampung...soooka la dia bercuti dikampung bersama tok bat serta makcik2 n pakcik2nya..
cepatlah ya anakanda pulangg ke Putrajaya..
ohhhh renduuunya kat anakanda...tak sabar-sabar ibu menunggu kepulangan anakanda Amna Faqiha dari kampung...soooka la dia bercuti dikampung bersama tok bat serta makcik2 n pakcik2nya..
cepatlah ya anakanda pulangg ke Putrajaya..
Selamat Idul Adha
Walaupun sudah lewat tapi ibu ingin juga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha..dan tak lupa kepada tetamu Allah yang menunaikan ibadat Haji semoga mendapat Haji yang Mabrur..diberkati dan diterima Allah S.W.T. Amin...InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)









